Thursday, 31 March 2011

sara 15

96:1

kadang-kadang kan, sara pernah terfikir, kenapa mesti sara?

dan sara akan menangis, bukan sebab tak kuat, tapi kadang-kadang, sara rasa sara jahat sangat tak macam dia baik sangat.

takpe ke?

Allah mesti tahu kan kenapa. sara kena yakin.

just a random thought...

Tuesday, 29 March 2011

sara 14

96:1

sara mesti percaya, wasilah yang dia buat ni, ada kebaikannya, dan Allah redha.

sara... jadilah MATANG! 

"kalau selalu berhubung maka,

tak delah istilah
SUPER INDAH..."


Baiklah =]

sara 13

96:1

sara kuatlah!



iye, sara akan usaha untuk qadirun 'ala kasbi. berdikari. tu kan salah satu muwasofat tarbiyah.

dan sara sekarang pada maratib amal yang pertama: individu muslim / fardu muslim





tunggulah, tahun-tahun ni akan sara buktikan pada semua, sara boleh.

yang paling penting, sara buat ni semua untuk Allah. sara buktikan pada Allah. kebergantungan hanya pada Allah, sebab yang paling faham sara ialah Allah.

yup, sara tak perlu bergantung pada manusia seratuspercent. manusia pun lemah. sara pun lemah.

jadi kena minta pada Allah yang Maha Kuat kan?

apa kes mak uteh nak terjun KB mall pulak? mak uteh sabar je sara tengok.

yup, sara had to admit that sara's patience is not good as yours. but it WILL change through time. it is GETTING BETTER, insya-Allah.

btw, sara baru berapa tahun? bagi sara kenal makna dewasa, boleh?

sara nak jadi lebih baik. dia tak perlu risau.

ada satu doa ustazah sara ajar kat sara. sara doa hari-hari:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ


doa daripada ayat 24 surah al-Qasas. maksudnya: "O my Lord! truly am I in (desperate) need of any good that Thou dost send me!" [amin]

doa ni bukan untuk  jodoh saja, tapi doalah untuk apa pun. sebab kita minta Allah bagi yang terbaik untuk apa jua, bagi diri kita.

sara sayang Allah. sara sayang Quran. kita semua nak mati dalam iman kan.

moga Alah redha kita semua. amin.



:)

Monday, 28 March 2011

Adam 3

Adam tak pernah salahkan sesiapa...

Adam tak pernah rasa jengkel...

Tapi...

Kelakarlah...

macam pengemis minta sedekah pun ada...

Awak nak orang sayang awak, awak kena sayang diri sendiri dulu...

PADAN MUKA kena marah dengan Mak Uteh!!!

Lepas ni, awak kena jumpa Mak Uteh, 
*salam, peluk dia kuat-kuat...
Minta maaf sebab tak dengar kata.. 

Mak Uteh pun nak luangkan masa untuk diri dia juga...

Nanti Mak Uteh pulak yang terjun bangunan macam di KB Mall macam mana??

tertekan dgn awak :P

Adam dah kuat...

awak je lemah sangat..

Belajar untuk jadi matang, bukan ikut ajakan Syaitan!!!

Makin kita dekat dengan Allah, makin ramai syaitan bergantung kiri kanan telinga, otak, hati dan sebagainya..

nanti Adam hantar Ultraman kasi fire sikit!! baru tahu..

Doa dengan Allah...

Minta dengan Allah, bukan manusia... ingat tu!!!

Adam 2

tau tak,

kalau selalu berhubung maka,

tak delah istilah SUPER INDAH....


Allah kan akan mengutuskan sesuatu itu melalui wasilah..

mungkin Adam wasilah untuk bagi dia sedar..

Sungguh, Allah dah ada perancangannya...



Kita rasa jijik pandang orang yang 'tak tahu agama' pimpin tangan, jalan sana sini..
Tapi lagi jijik kalau 'orang' agama sendiri buat perkara yang hampir serupa..

ingat hadis Rasulullah????


 "Jangan dekati zina"

# bukan perkara zina sahaja..

malah perkara yang menyerupai atau sewaktu dengannya pun tak boleh...

kejamkan??

Tapi, nanti di akhirnya, kita dapat minum air dari sungai susu, sungai arak..
semua yang kita nak, dapat.
kalau awak nak orang yang lebih gagah dari ayah awak pun dapat..

Itulah indahnya Islam...

Untuk dapat madu, lebah kena cari sampai berbatu-batu jauhnya, penat!! kata lebah...
tapi, lebah bagi semua manusia hidup sihat..

semua benda yang susah, akan ada manisnya.. percaya???

tanya mak dengan ayah, papa dan mama, abi dan umi semua org tua..

mesti mereka senyum..

Adam 1

Mungkin Adam terlalu shadid dengan dia.

Tapi, diakan dah besar...

Malulah orang tengok nak nangis sana sini...

 dia kena ingat,

Dia bukan SUPER HALAL pada Adam...

Tunggulah bila waktunya sudah sampai...

sara 12

96:1

dia pesan kat sara, jangan sedih-sedih. hari ni sara sedih sangat. a lot of things happen before my eyes and i'm not that strong.

tapi patutya sara kuat kan?

sara teruk sikit sejak kebelakangan ni. sara banyak tinggalkan rutin hidup sara. yet i want to be better.

dan sara tersenyum bila dia pesan jangan too sad.

terimakasih for your concern though these days you've been kinda busy.

tau tak, tadi sara beli buku cerpen tarbiah hilal asyraf, dan sara baca satu cerpen bertajuk Masyitah.

hmm, keadaannya lebih kurang macam sara dan dia. sara kan tak sehebat dia? dia orang hebat. dan siapalah sara.

cerita masyitah mengisahkan hariz dan tiara masyitah. hariz melamarnya saat dia baru usia 18 tahun. dan tiara tak begitu bersedia. bila dah berkahwin, hariz menjadi suami yang sangat baik, hari-hari kejut bangun subuh, tolong masak, buatkan itu ini dan lain-lain. satu benda yang sangat penting untuk dinyatakan, hariz ni orang yang hebat dan berketrampilan dalam dakwah dan tarbiyah. jadi, bila dia menikahi tiara yang biasa-biasa, dia meletakkan bahawa agama itulah yang paling penting utk zaujahnya. dan tak semestinya akhawat yang hebat je yang boleh jadi zaujahnya.  ramai yang mengkritik hariz tetapi itulah prinsipnya, kekuatan dia dalam dakwah bukanlah akhawat yang hebat, tetapi orang yang dicintainya.

kerana cinta yang Allah anugerahkan, dan agama, dia sayang pada tiara. dia sayang tiara masyitah kerana Allah. dan dia sentiasa mendoakan tiara supaya menjadi zaujah solehah.

dah, sara tak sedih dah kan? sara bahagia dan ceria. :) sara mesti buat baik. sara mesti elak ikut kata syaitan.dan sara kena ingat sara kawan dengan dia, bukan suka-suka, bukan untuk dia contact hari-hari, tapi sebab sara kena jadi zaujah solehah untuk dia.

ada Allah. dia tak perlu risaukan sara, sebab Allah jaga sara kat sini.

dia akan menyusul dalam blog sara. nama dia adam. dia minta izin utk share dalam ni. sara segan. sangat.

sara 11

96:1

mana Allah di hati sara?

mana Quran di hati sara?

tolong ingatkan sara.

Saturday, 26 March 2011

sara 10

96:1

",

sorry for being annoying towards you. asif jiddan.

kuatkan sara, ya Allah. sara taknak jadi teruk. dan taknak terukkan orang lain.

Thursday, 24 March 2011

sara 9

96:1

Muwasofat tarbiyah :)



fardu muslim mesti ada muwasofat muslim :)

sara 8

96:1

ujian datang daripada Allah dengan ujian orang yang hampir dengan kita. dekat di hati. sara kuat. sara berdikari.

And the apostles whom We sent before thee were all (men) who ate food and walked through the streets: We have made some of you as a trial for others: will ye have patience? for Allah is One Who sees (all things).[QS 25: 20]

Allah ada untuk sara dan semua.

Wednesday, 23 March 2011

sara 7


96:1

humm...
tak tahu nak bagi semangat cemane dohhh..
:)
i noe u can..
and...
maybe it's time for you to learn how to be more independent...
:)
bukan yam nak cakap sara xberdikari..
u shud learn to be much more
independent..
one day,bila dah pegang tanggungjwab yang lebih besar,you will know how to stand by your own..
:)
i can't always be by your side to motivate you.the same thing goes with him.
we both have our commitments...
we both have our priorities..
but that doesnt mean we can give our attention to you.
somehow,it just that u need to learn how to stand by your own
so that in the future,if i am no longer here,u can just stand and make a move.
ok sara?
:)



maryam nasihat sara. thanks yam.

sara 6

96:1

sejak 22 november 2010, sara dan dia akan tunggu.

setia itu best dengan adanya iman.

sara harap dia kuat kat sana.

sara 5

96:1

assalamualaikum. tq sara jejak blog TULISAN. comel je tulisan sara. tapikan sara, erm.. dalam hidup ni sangat banyak lagi yang kita perlu lihat selain cinta antara 2 manusia. kita ada ibu ayah. ada kawan2. ada pelajaran. dan banyaaaak lagi benda untuk kita buat. cadangan akak pada sara, untuk jaga hati dan jaga hubungan, kurangkan ke page FB dia. sibukkan diri dengan aktiviti lain dengan kawan2. masa lapang baca buku. kalau suka boleh bersukan. memasak. jauhkan diri daripada banyak sangat fikir pasal dia. sibukkan diri dengan perkara lain. sungguh, kalau kita tak sibukkan diri dengan amal soleh, lain lain masa kita akan terisi degan perkara lagho dan melalaikan. the choice is yours. all the best sara. :)

=) sara like.

waa'alaikumussalam. untuk pengetahuan kakak, sara taklah selalu mana pun ke fb page dia. dan sara memang banyak lagi benda lain boleh buat.

cuma sara nak kongsi... macam mana nak didik fitrah yang satu ni.

terima kasih kakak yang sudi komen pada entri sara 4.

nasihati sara selalu.

Monday, 21 March 2011

sara 4

96:1

sara pernah baca: the less is the best.

kalau nak tahu, dia hanya akan layan fb msg sara kalau sara betul-betul kritikal. contoh kritikal: gangguan emosi, masalah lelaki ganggu sara, masalah tak boleh carry-on dengan belajar, masalah yang betul-betul masalah.

dan sebenarnya, sara kawan dengan dia sebab sara nak hidup dengan dia. sara serius dengan dia.

dia tunggu sara. dan sara tunggu dia.

dan sebab serius itulah, sara dan dia mesti lebih berjaga.

sebulan tak contact? it's normal. (sara angau? pun normal juga. hati sangat perlu dijaga)

sebab tu kena setia. dia kata: kesetiaan adalah pembuktian yang ikhlas walau tak nampak di depan mata.

dan sara tahu, segala apa pun cinta yang ada kat dunia ni, semuanya berpaksikan cinta pada Allah.

cinta hanya ada kerana Allah. cinta kerana Allah, itu barulah sebenar-benar cinta.

dan Allah jugalah sebaik-baik Penentu dalam setiap rencana manusia. moga Allah redhai rencana sara ini. amin.

sara 3

96:1

"kita tak payah msg sekerap ni..."

ya Allah, bantu sara jaga hati sara dan jaga hati dia.

sara 2

96: 1

tak salah kan kalau antara dua saling mencintai?

ada satu kisah sara petik dari buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karya fatimah syarha mohd noordin:

kisah limpahan harta tak berjaya merebut cinta gadis yatim.


suatu hari seorang sahabat menghadap Rasulullah s.a.w dan berkata, "kami memiliki seorang gadis yatim. dua orang pemuda datang melamarnya. yang satu kaya dan yang satu lagi miskin. kami mahukan yang kaya tapi dia mahukan yang miskin.


Rasulullah lalu berkata, "tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah."


(riwayat suyuti)

sara tahu, kalau lelaki dan perempuan kawan secara serius, tujuannya bukan untuk couple. bukan! tujuannya mesti nikah dan meneruskan maratib amal daripada fardu muslim kepada baitul muslim.

cumanya... dah setel ke sara dalam menjadi fardu muslim? dengan 10 muwasofat?

sara mesti habiskan study elok-elok kan? dan didik diri dengan tarbiyah sebaik mungkin. sebab...

Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable. QS 24: 26

sara kan kuat?

sara 1

96:1

semalam status dia buat sara risau dengan dia. sara tau, kalau sara tanya pun, dia takkan beritahu kenapa. perahsia. dan post di blog dia... membuatkan sara rasa kena kuatkan dia. dan bila sara fb msg dia, no reply.

sara tahu, dia buat macam ni sebab nak jaga hubungan. sebab sara belum halal untuk dia. sara tahu. tapi, fitrah hati kalau tak jaga, susah kan?

sebab belum masanya lagi.

hati, ikutlah al-quran ye? Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils.) QS 17: 32

dekati zina? yup, dating, chatting benda2 lagho, pun dikira jalan dekati zina.

ingat, nak masuk Islam secara keseluruhan jalannya memang simple; buat apa disuruh, tinggal apa yang dilarang. simple tapi perlukan iman.

sara mesti kuat! doakan ye.