Ini bukan kisah Adam dan Hawa yang Allah pisahkan tika mereka di campakkan ke dunia, namun disatukan semula dengan aturan-Nya.
Itu kisah berjuta-juta tahun dahulu. Lebih agung dari kisah Shah Jehan dan isterinya.
Adam tak mahu ada yang salah faham.
Ini bukan saluran baru untuk kongsi-kongsi surat cinta di zaman moden.
Adam cuma berkongsi tentang rasa hati dengan semua pembaca.
Rasa hati yang ada padanya jalan dakwah. Insya Allah.
Susah menjaga hati tidak sesusah si ibu menjaga si kecil.
Pesan Adam;
"Kiranya kamu tidak mahukan Allah, Allah juga tidak mahukan kamu;
Kiranya kamu tidak mahu berjumpa dengan Allah, Allah juga tidak mahukan kamu"
Dengan kekuatan Rasul-Nya dan andai ini takdir-Nya. Maaf. Adam bersedia untuk pulang ke pangkuan-Nya...
>>kekuatan kalian juga adalah kekuatan Adam...
Salam.
No comments:
Post a Comment